SIHIR

Maksud sihir ialah Ilmu yang berkaiatan dengan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu syaitan dan jin / untuk memudaratkan atau mengelirukan manusia


KL/PJ2012

Contoh sihir
1. Menggunakan susuk untuk kelihatan cantik
2. Menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan suami isteri
3. Ilmu pukau dan santau untuk menganiayai orang lain
4. mendatangkan penyakit mental atau fizikal kepada mangsanya

PERAK2012
Sebab amalan sihir dilarang Islam
1. membatalkan akidah seseorang muslim
2. mewujudkan perpecahan dalam masyarakat kerana  mentingkan diri sendiri
3. berleluasanya amalan buruk seperti fitnah dan hasad dengki
4. Tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat mengadu dan penggantungan yang sebenar
5. menjadikan syaitan sebagai medan untuk menyampaikan hajat buruk
6. Membazir harta, tenaga dan masa kerana melakukan perkara-perkara yang sia-sia
7. menjadikan pengamal sihir riak, sombong dan angkuh
8. mendorong manusia yang mengamalkan sihir melakukan kezaliman terhadap sesama manusia


PERAK 2012 / KL&PJ 2012
Cara mengawal diri daripada terkena perbuatan sihir
1. sentiasa memohon doa dari Allah agar dijauhkan dari sifat khianat manusia
2. beriman dan yakin dengan sepenuh hati dengan kekuasaan Allah yang mengatasi kekuasaan makhluk
3. sentiasa membaca al Quran dan berzikir dengan ikhlas kerana syaitan kalah dengan orang yang ikhlas


PERAK 2012